Polisi Pembayaran dan Pembatalan – Bukit Wang Retreat

Bayaran Penuh untuk Tempahan Rumah Ala-carte
Bayaran penuh diperlukan untuk mengesahkan tempahan bagi rumah ala-carte.

Bayaran 50% untuk Tempahan Pakej Seluruh Kawasan
Bagi tempahan keseluruhan kawasan, bayaran sebanyak 50% daripada jumlah bayaran diperlukan untuk mengesahkan tempahan.

Deposit Keselamatan
Deposit keselamatan sebanyak RM200 diperlukan untuk tempahan keseluruhan rumah pakej kenduri. Deposit keselamatan untuk sebuah rumah RM50. Deposit keselamatan untuk pakej dewan ialah berjumlah RM50 dan deposit keselamatan untuk pakej event ialah RM100. Deposit keselamatan akan dipulangkan 1-2 hari bekerja selepas tarikh daftar keluar, tertakluk kepada tiada bayaran tertunggak, tiada sampah di sekitar dan tiada barang rosak/hilang di hartanah.

Daftar Masuk & Daftar Keluar

  • Daftar masuk selepas 3.00 petang.

  • Daftar keluar sebelum 12.00 tengah hari.

  • Daftar keluar lewat tertakluk pada ketersediaan dengan caj tambahan sebanyak RM50/jam.

Polisi Pembatalan

  • Pembatalan lebih daripada 14 hari sebelum tarikh daftar masuk: Bayaran penuh akan dipulangkan.

  • Pembatalan antara 7 hingga 14 hari sebelum tarikh daftar masuk: Caj pembatalan sebanyak 20% daripada jumlah tempahan.

  • Pembatalan kurang daripada 7 hari tetapi lebih daripada 48 jam sebelum tarikh daftar masuk: Caj pembatalan sebanyak 50% daripada jumlah tempahan.

  • Pembatalan kurang daripada 48 jam atau ketidakhadiran: Caj penuh akan dikenakan.

  • Dalam kes force majeure, pembatalan tidak dibenarkan tetapi tarikh boleh dipinda.

  • Sebarang permintaan pembatalan hendaklah dibuat melalui WhatsApp di +60135812665 oleh individu yang membuat tempahan.

Dasar Perubahan Tarikh

  • Permintaan perubahan tarikh yang dibuat 14 hari atau lebih sebelum tarikh daftar masuk: Tiada caj tambahan dikenakan.

  • Permintaan perubahan tarikh yang dibuat kurang daripada 14 hari sebelum tarikh daftar masuk: Caj pentadbiran sebanyak RM150 akan dikenakan.

  • Permintaan perubahan tarikh kurang daripada 7 hari sebelum tarikh daftar masuk tidak dibenarkan.

  • Tarikh baharu mesti dalam masa 6 bulan daripada tarikh asal dan tertakluk kepada ketersediaan.

Tarikh Kemaskini Terakhir: 16/6/2025