Payment Policy – Bukit Wang Retreat
-
Bayaran Penuh untuk Tempahan Rumah Ala-carte
Bayaran penuh diperlukan untuk mengesahkan tempahan bagi rumah ala-carte. -
Bayaran 50% untuk Tempahan Pakej Seluruh Kawasan
Bagi tempahan keseluruhan kawasan, bayaran sebanyak 50% daripada jumlah bayaran diperlukan untuk mengesahkan tempahan. -
Baki Pembayaran
Baki pembayaran untuk tempahan keseluruhan rumah perlu dijelaskan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh daftar masuk. -
Deposit Keselamatan
Deposit keselamatan sebanyak RM200 diperlukan untuk tempahan keseluruhan rumah pakej kenduri. Deposit keselamatan untuk sebuah rumah RM50. Deposit keselamatan untuk pakej dewan ialah berjumlah RM50 dan deposit keselamatan untuk pakej event ialah RM100. Deposit keselamatan akan dipulangkan 1-2 hari bekerja selepas tarikh daftar keluar, tertakluk kepada tiada bayaran tertunggak, tiada sampah di sekitar dan tiada barang rosak/hilang di hartanah. -
Daftar Masuk & Daftar Keluar
-
Daftar masuk selepas 3.00 petang.
-
Daftar keluar sebelum 12.00 tengah hari.
-
Daftar keluar lewat tertakluk pada ketersediaan dengan caj tambahan sebanyak RM50/jam (untuk tempahan keseluruhan rumah).
-
-
Polisi Pembatalan
-
Pembatalan lebih daripada 14 hari sebelum tarikh daftar masuk: Bayaran penuh akan dipulangkan.
-
Pembatalan antara 7 hingga 14 hari sebelum tarikh daftar masuk: Caj pembatalan sebanyak 20% daripada jumlah tempahan.
-
Pembatalan kurang daripada 7 hari sebelum tarikh daftar masuk: Caj pembatalan sebanyak 50% daripada jumlah tempahan.
-
Pembatalan kurang daripada 48 jam sebelum tarikh daftar masuk atau ketidakhadiran: Caj penuh akan dikenakan.
-
Dalam kes force majeure, pembatalan tidak dibenarkan tetapi tarikh boleh diubah.
-
Pembatalan hendaklah dibuat melalui WhatsApp di +60108775846 oleh individu yang membuat tempahan.
-
-
Dasar Perubahan Tarikh
-
Perubahan tarikh yang diminta sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh daftar masuk: Tiada caj tambahan dikenakan.
-
Perubahan tarikh kurang daripada 14 hari sebelum tarikh daftar masuk: Caj pentadbiran sebanyak RM150 dikenakan.
-
Perubahan tarikh kurang daripada 7 hari sebelum tarikh daftar masuk tidak dibenarkan.
-
Tarikh baharu mesti dalam masa 6 bulan daripada tarikh asal dan tertakluk pada ketersediaan.
-
Tarikh Kemaskini Terakhir: 166/2025